BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah hukuman hudud yang dijalankan oleh kawan-kawan dan bukan oleh imam/mahkamah/sultan/ pemerintah sah disisi syarak. Sebagai contoh seorang lelaki di sebat 100 kali oleh 4 orang kawan-kawannya di universiti secara rahsia kerana berzina. Adakah dia telah dikira dihukum walaupun tidak dihukum mahkamah atau oleh imam/sultan/pemerintah. Adakah dia tergolong dalam golongan yang di kategorikan sebagai مجلود dalam hadis oleh abu hurairah yang di riwayatkan imam Abu Dawud


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, tidak sah hukuman hudud yang dijalankan tanpa arahan daripada pemerintah. Perintah perlaksanaan hudud ini hanya boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah, bukan oleh mana-mana pihak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 160

message user image