Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Kebanyakan makanan kucing adalah dari binatang yang tidak disembelih terutama yang diimport seperti ayam lembu dan kambing. Adakah makanan kucing dari haiwan yang tidak disembelih dikira sebagai najis mutawassitah? Coz sometimes owner lepas bg makan kucing akan lap tangan dekat baju, so that baju x boleh bawa solatlah selagi tak dibasuh kan? Bg makan dlm rumah then after eating the cat jilat telekung, bila cium telekung bau makanan dia. (soalan dari org awam, i just said just make sure you clean yourself before solat?)
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, makanan kucing dari haiwan yang tidak disembelih dikira sebagai najis. Pemilik yang memberi kucing makanan, hendaklah membasuh tangan, pakaian dan tempat yang terkena makanan tersebut sehingga suci. Begitu juga ketika hendak menunaikan solat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (al-Muddaththir : 4) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.