BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Soalan saya ialah, 1. Adakah doa seorang ibu yang mendoakan sesuatu yang buruk kepada anaknya juga akan dimakbulkan? 2. Apakah hukum ibu bapa memaki anak? 3.Wajarkah tindakan seorang ibu yang mempertikaikan kembali segala pengorbanannya terhadap anaknya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari : 1. Doa seorang ibu adalah dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda : ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لاَ شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ Maksudnya : “Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa orang tua pada anaknya.” (Riwayat Ibnu Majah) 2. Hukumnya berdosa. Islam melarang umatnya memaki sesama manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik” (al-Baqarah : 83) 3. Ibu boleh ungkit sebagai mengingatkan anak yang lupa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 165

message user image