Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Sy baru berkerja dgn majikan mualaf.tetap majikan tidak mengamalkan ajaran islam dgn sempurna seperti solat dan puasa.. Masalah sy sekarang waktu bekerja sy tidak menentu.contohnye lunch hour 12-1.15 jd sy tidak sempat menunaikan solat zohor. Apakah hukum sy qada solat zohor pd waktu asar kerana kekangan kerja?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, setiap waktu solat itu telah ditentutan waktunya. Justeru, wajib ditunaikan apabila telah masuk waktu solat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”. (an-Nisa’ : 103) Sebagai seorang yang telah mukallaf adalah menjadi tanggungjawab puan sebagai pekerja kepada bos yang muallaf tentang kepentingan waktu solat yang wajib ditunaikan mengikut waktunya. Kekangan kerja bukanlah alasan untuk tidak menunaikan solat pada waktunya. Bahkan sengaja meninggalkan solat adalah berdosa. Berbincang dengan majikan/ minta izin, masa waktu rehat berwuduk siap-siap, jadi boleh terus solat bila masuk waktu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.