BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya..adakah jatuh talak jika suami berkata begini, "Klau dh xske b leh kata ape..slesai cra elok la" "Cm mna b ambil ayg ..cm tu la b pulangkn nnti" Mohon pencerahan.Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, ayat suami itu menunjukkan bahawa jika suami dan isteri sudah tidak saling menyukai antara satu sama lain, maka suami akan selesaikan dan pulangkan isteri dengan cara yang baik kepada keluarganya. Ia bukanlah lafaz talak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 166

message user image