Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Tangan berminyak sbb makan lauk berminyak. Sabun tak ada, tapi perlu ambil wuduk. Adakah air yg ditakung dari paip air dgn tapak tangan yg masih berminyak itu, dikira air mutlak untuk membasuh muka? T kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, jika terdapat pada anggota wuduk suatu bahan seperti minyak yang boleh menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit, atau yang mengubah air wuduk itu, maka wajib ditanggalkan dengan sempurna sebelum basuhan wuduk. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wuduk itu tidak sah. Namun begitu dimaafkan jika kesan minyak itu, terlalu nipis sehingga tidak menghalang air daripada kulit dan terlalu sedikit sehingga tidak mengubah sifat air mutlak tersebut. Maka ia dikira Air Mutlak dan hukum berwuduk adalah sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.