BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Pertanyaan saya adalah: Jikalau orang2 non muslim yg makan benda2 yg non halal (contoh..pork ) dirumah dan selepas itu mereka makan pula digerai / restoran dan sudu, garpu yg digunakan olih mereka digunakan pulak olih orang Muslim (pekedai cuma basuh sahaja sudu/garpu tersebut) yg juga makan disitu. Jadi apakah hukum dan nasihat dari pihak tuan. Soalan ini tiada unsur2 racist cuma nak tahu dari segi ugama. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menurut mazhab al-Syafie bahawa khinzir terdiri daripada najis ‘ain dan bekasnya perlu disertu sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya ialah dengan air tanah apabila terkena najisnya. Peralatan makanan seperti pinggan, sudu, garfu yang diyakini digunakan untuk makanan haram seperti daging babi perlu disertu. Adapun, berkenaan penggunaan bekas seperti pinggan atau sudu yang digunakan oleh orang bukan Islam di kedai-kedai makanan, maka Islam menggalakkan membasuhnya dan selepas itu digunakan. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : فَاغْسِلُوْاهَا وَكُلُوا فِيْهَا Maksudnya : “Basuhlah bekas tersebut dan makanlah dengannya” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 80

message user image