BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalammualaikum ustaz Untuk makluman ustaz...anak prerempuan kami 2 orang kan melangsungkan perlahwinan dlm bulan november ini. Suami saya sebagai ayah kpd anak saya ingin menjadi wali nikah kpd anak2 kami. Masalah yg saya menjadi khuatir adakah boleh suami saya menjadi wali nikah kpd anak2 saya sedangkan saya tahu bahawa suami saya ada bermain judi ekor dan toto haram .. Saya sangat2 berharap ustaz dapat memberi balasan atas kekhuatiran ni sebab ia melibatkan masa depan dan kebahagian rumah tangga anak2 saya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, wali nikah bagi anak perempuan adalah bapa kandungnya. Walaupun jika akad nikah itu diwakilkan kepada pendaftar nikah, wali nikah sebenar adalah bapa kandung kepada anak perempuannya. Adapun, berhubung maksiat yang dilakukannya, maka adalah perlu dinasihatkan kepadanya untuk bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Semasa majlis akad, biasanya pendaftar nikah akan meminta kepada semua hadirin yang datang untuk sama-sama beristighfar memohon keampunan kepada Allah sebelum akad nikah dijalankan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 125

message user image