BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1. Adakah waktu syuruk itu dikira tamatnya waktu untuk solat subuh? 2. Adakah haram untuk qada solat subuh pada waktu syuruk? Dan bagaimanakah untuk menentukan tempoh haram untuk solat itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Waktu subuh berakhir dengan masuknya waktu syuruk sebagaimana yang dipaparkan dalam jadual waktu solat. Harus untuk mengqada’kan solat subuh pada waktu syuruk. 2. Tiada waktu haram solat bagi orang yang tertinggal solat fardhu dan ingin mengqada’kan solat tersebut. Waktu haram solat adalah berkaitan dengan solat sunat sahaja. Waktunya adalah selepas solat fardhu subuh sehingga matahari naik segalah iaitu sehingga masuk waktu dhuha sekira-kira 28 minit selepas waktu syuruk. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 29428

message user image