BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak mufti Kelantan kerana sudi membalas dan menjelaskan segala persoalan yang telah saya emailan sebelum ini. Untuk pengetahuan pihak tuan suami saya ingin membayar kifarah tersebut (membatalkan puasa dengan sengaja di bulan ramadhan) tahun ini sebelum bulan ramadhan tiba. Kejadian atau kesalahan tersebut terjadi pada bulan ramadhan tahun 2012. Maka 7 tahun telah berlalu. Di sini saya timbul persoalan baru iaitu: * bolehkan secupak beras yang perlu dibayar ditukar kepada nilai wang semasa? * sekiranya boleh, berapakah jumlah tersebut? Suami saya berniat untuk membayar sebanyak RM1000 kepada mangsa Syiria dengan cara bank in dalam tabungan Syiria yang berdaftar. * adakah nilai tersebut mencukupi ? * layakkan mangsa syiria tersebut menerimanya? Saya memohon jasa baik tuan agar dapat memberi pencerahan mengenai segala persoalan ini dengan secepatnya agar saya dapat membayar kifarah secepatnya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan: 1. Boleh. 2. Nilainya adalah mengikut harga semasa bagi secupak beras. 3. Kadar nilaian bagi bayaran fidyah, puan boleh terus ke link berikut untuk membuat pengiraan : http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ 4. Jika mangsa Syiria tersebut terdiri dari kalangan fakir dan miskin yang memang tidak berkemampuan, mereka layak menerimanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 170

message user image