BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum... Nak bertanya bagaimana org yg ada sakit buah pinggang (bahagian perut dia ada plaster yg x blh dibuka sbb ada hos utk dialisis air @ CAPD) hendak melakukan mandi hadas selepas haid? Cuba hendak cari dalam internet jawapan tak berapa jelas. Buat masa ini, pesakit ini juga ada hos beserta jarum untuk hemodialisis yang blm dibuka doktor. Buat masa ini, pesakit juga sukar untuk mandi seperti biasa, jadi bagaimana cara yg betul untuk dia mandi hadas?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pesakit tersebut diwajibkan mandi bagi mengangkat hadas besarnya dengan cara yang semampunya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu” (at-Taghaabun : 16) Sehubungan itu, jika pesakit tersebut memiliki luka atau anggota badan yang berbalut yang tidak boleh dilalukan air kerana akan mendatangkan mudharat, maka dia boleh meratakan air pada bahagian yang sihat sahaja dan yang tidak berbalut. Manakala bahagian badan yang sakit/ berbalut hendaklah diganti dengan bertayammum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 137

message user image