Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jika suami lafazjan cerai selepas diprovok isteri, dalam keadaan marah, dan tiada seorang saksi pun yg ada melainkan isteri ditempat kejadian, kemudian si isteri yang panik pergi memberitahu tentang perkara tersebut kepada seseorang, adakah talak tersebut jatuh, terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya suami melafazkan cerai dengan lafaz yang jelas (soreh), maka lafaz tersebut boleh membawa kepada jatuhnya talak/ cerai walaupun suami dalam keadaan marah dan tanpa saksi. Oleh itu, perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan dan urusan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.