Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum memakai bulu mata palsu yang cara pemakaian tidak menggunakan gam/glu. Bulu pula daripada sumber fabric bukan dari bulu haiwan atau rambut manusia.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, haram hukumnya memakai bulu mata palsu bagi tujuan kecantikan dan tanpa keizinan suami. Ini kerana terdapat unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah SWT. Namun dibolehkan memakai bulu mata palsu dengan keizinan suami dan tidak menggunakan selain bulu/ rambut manusia atau haiwan yang najis yang menghalang air untuk bersuci. Ini kerana bercantik dan berhias hanya untuk suami itu digalakkan dalam Syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.