BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

 Assalamualaikum ustaz/ustazah, Saya nak tanya.. Kalau saya mengandung anak luar nikah usia dalam 8 minggu dan bernikah.. Tetapi janin dalam rahim saya tidak bernyawa nak dikatakan dah mati. Adakah pernikahan kami sah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, Pernikahan tersebut adalah sah sekiranya memenuhi semua rukun dan syarat sah pernikahan walaupun sedang mengandung semasa pernikahan berlaku dan tidak perlu diulang, diganti atau dinikahkan semula.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 298

message user image