BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Apa hukumnya menggunakan sticker photo orang-orang yang telah meninggal dunia (spt allahyarham p.ramli, dsbnya) didalam media sosial spt whatsapp, messenger, dsbnya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, tiada larangan dan tidak menjadi kesalahan menggunakan gambar orang yang telah meninggal seperti ibu bapa, ahli keluarga atau rakan di dalam media sosial dengan syarat ianya menutup aurat, dengan itu kita juga boleh sedekahkan al-fatihah untuknya, mengingati kebaikannya dan saling mendoakan ke atasnya.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 257

message user image