BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam saya ada pertanyaan bagaimana bacaan tahiyat akhir dengan betul adakah terputus muwalah (berturutan) ketika ambil nafas di tahiyat dan seringkali ragu sebutan ھ dengan ح ketika membaca tahiyat part ayyuhanabiyu. Mohon penjelasan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bacaan tahiyat akhir dengan betul adalah dengan membaca tasyahhud akhir dengan sempurna dan tidak boleh terpotong, atau membaca ayat lain ditengah bacaan, atau berhenti tanpa sebab dan lain-lain. Muwalat (berterusan) dalam membaca tahiyat akhir merupakan salah satu syarat ketika membaca tahiyat akhir. Berhenti dengan tujuan mengambil nafas tidak termasuk dalam terputusnya muwalah. Akan tetapi mengambil nafas perlulah sekadarnya tanpa berhenti terlalu lama dan tidak bersebab (ini merupakan maksud muwalah) kemudian sambung bacaan. Seringkali ragu dengan sebutan (ه)dengan (ح)ketika membaca tahiyat ayyuhannabiyu. Ejaan sebenarnya adalah أَيُّهَا dengan menggunakan (ه). Sebutan huruf (ه) disebut seakan-akan bunyi huruf (ح). Ia berlaku kerana makhraj (tempat keluar huruf) kedua-dua huruf ini berhampiran, iaitu huruf Ha (ه) terletak di hujung / pangkal kerongkong (menyebabkan bunyinya agak ringan, sementara makhraj huruf Ha pedas (ح) pula terletak di tertengahan kerongkong (bunyinya seperti kita kepedasan kerana dinding kerongkong tempat keluar laluan suara akan disempitkan ketika membunyikannya). Pastikan bunyi Ha (ه) tidak dibunyikan seperti bunyi Ha pedas (ح). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 91

message user image