BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Seorang bapa bernama Abu mempunyai 10 orang anak, dimana 6 perempuan dan 4 lelaki. Abu telah meninggal, meninggalkan seorang isteri dan 10 anak. Beberapa tahun selepas Abu meninggal, salah seorang anak lelaki Abu bernama Ali meninggal dunia tanpa sempat melakukan pentadbiran pusaka. Ali meninggalkan seorang isteri dan 2 anak lelaki serta 2 anak perempuan. Apabila anak-anak dan isteri Abu ingin melakukan pentadbiran pusaka, adakah anak-anak Ali mendapat bahagian Ali?


message user image

Jawapan  

Berdasarkan soalan yang diberikan, kesemua anak-anak seramai 10 orang dan isteri Abu berhak mendapat pusaka yang Abu tinggalkan. Oleh itu, Ali berhak mendapat pusaka walaupun dia sudah meninggal dunia kerana Ali meninggal dunia selepas Abu. Bahagian Ali akan diwarisi oleh isteri dan anak-anaknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 86

message user image