BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan Saya ingin bertanya hukum darah yang keluar sedikit-sedikit berwarna coklat semasa makan pil perancang dan berterusan sehingga lebih 15 hari (bermula darah keluar 16 Ogos 2020). Termasuk hari ini sudah 19 hari (3 September 2020). Hari ke 16 saya mandi wajib dan solat kerana menyangka darah yang keluar hari ke 16 adalah darah istihadah. Pada hari ke 17 darah keluar banyak seperti darah haid berwarna merah. Manakala hari ke 18 darah keluar sedikit-sedikit yang berwarna coklat. Adakah darah 15 hari awal, darah haid atau istihadhah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, antara cara untuk menentukan sama ada ianya darah haid atau istihadah ialah; i. Kenalpasti waktu kebiasaan haid setiap bulan sebelum makan pil perancang. ii. Kenalpasti ciri dan sifat darah. iii. Kenalpasti tempoh kebiasaan haid (berapa hari). Dengan mengenalpasti perkara di atas, puan sendiri boleh tentukan sama ada ia adalah darah haid atau istihadah. Justeru, masalah ini tidak sama seorang perempuan dengan perempuan yang lain, kerana masing-masing lebih kenal dengan darahnya sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 324

message user image