BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamua'laikum. Persoalan haid dan istihadah. Saya memakan ubat (dienogest, sejenis hormon progestin) untuk mengawal penyakit endometriosis saya secara beterusan (long term treatment). Justeru, saya tidak mengalami haid sudah hampir 3 tahun sepanjang 5 tahun tempoh memakan ubat ini. Persoalan saya adalah, adakah spotting (berwarna coklat gelap, beberapa titisan pada petang, beberapa titisan lagi pada keesokan hari, dan berbau berbeza daripada haid saya dahulu) yang saya tetiba alami dikira sebagai haid atau istihadah. Jazakumullahu khairan kathira. Wallahua'lam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana puan sendiri dapat membezakan ciri darah tersebut kerana berbeza dengan darah haid, maka ia dihukumkan sebagai darah istihadah, kerana darah istihadah ada bau darah (seperti darah luka), tetapi tidak berbau hanyir dan kuat sebagaimana haid. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image