BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: bolehkah solat jama' dan qasar dalam perjalanan yang berubah ubah destinasi contoh: pada asalnya dari sungai petani hendak melancong ke pulau pinang, apabila sampai ke pulau pinang tempat yang hendak dilawati tutup, terus membuat keputusan melancong ke kuala kangsar. - pada asalnya dari sungai petani ke pulau pinang, tidak boleh solat jama' dan qasar, tetapi dari sungai petani ke kuala kangsar atatu pulau pinang ke kuala kangsar boleh solat jama' dan qasar - dan jika dalam perjalanan dari pulau pinang ke kuala kangsar ( belum sampai ) bertukar pula destinasi ke cameron highland bolehkah solat jama' dan qasar


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan situasi tersebut, tuan diharuskan solat jama’ dan qasar sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Kangsar atau ke Camaron Highlands. Ini kerana cukup syarat-syarat sah solat jama’ dan qasar iaitu jarak perjalanan melebihi 2 marhalah (90 Kilometer) dan perjalanan yang telah ditentukan tempat tujunya. Tiada masalah bertukar niat, tetapi kiraan baharu bermula daripada tempat berlakunya pertukaran niat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 128

message user image