BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, adakah salah bagi seseorang yang gemuk sehingga mencecah 150kg untuk melakukan operation buang perut (bariatric surgery) setelah die gagal utk mengawal makan dan risau diri bertambah gemuk dan sakit pada masa akan dtg. Moga terjawap soalan sy. Terime kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak salah untuk melakukan operation tersebut setelah gagal berusaha mengawalnya dan sebagai langkah untuk mencegah daripada penyakit seperti diabetis dan seumpamanya. Justeru, adalah harus untuk melakukan pembedahan sebahagian perut khususnya apabila disahkan oleh pakar perubatan. Adapun, bagi pesakit yang berisiko untuk melakukan pembedahan tersebut, hendaklah dielakkan jika ia boleh membawa mudharat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 197

message user image