BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Gigi palsu (jambatan gigi) Ada sah mandi wajib jika saya buat gigi palsu teknik jambatan gigi.jambatan gigi merupakan teknik dgn menghakis dan mengecilkan saiz gigi dan kemudian gigi palsu disarungkan ke gigi yg dikikis dan di kecilkan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pemasangan gigi palsu (jambatan gigi) tidak menjejaskan sahnya mandi wajib. Ini kerana rukun mandi yang wajib ialah niat untuk mengangkat hadas besar dan membasuh seluruh anggota badan yang zahir. Adapun membersihkan gigi (bersiwak) adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sunat dilakukan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 203

message user image