BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum...Saya ingin menanyakan tentang perwanaan rambut...adakah pewarna rambut jenis permanent boleh dibawa solat dan untuk mengambil wudhu’?saya tahu bahawa jenis pewarna rambut semi permanent tidak boleh digunakan tetapi bagaimana pula dengan jenis pewarna rambut permanent?Sebagai contoh pewarna rambut L’oreal Excellence Fashion...Saya ingin membeli L’oreal Majiren yang boleh dibawa solat tetapi selepas mewarnakan rambut baru saya sedar yang saya tersilap beli...Saya minta mufti untuk memberikan penerangan tentang perkara ini...Hal ini kerana pewarna rambut yang saya gunakan sekarang adalah permanent...Mohon pencerahan daripada mufti secepat yang mungkin kerana saya tak tahu sama ada solat saya sah atau tidak sekarang...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Pemakaian pewarna rambut yang bersifat kekal adalah dilarang kerana ia mengandungi bahan pewarna yang menghalang air daripada terkena rambut semasa mengangkat hadas kecil dan hadas besar sekaligus menyebabkan ibadah tidak sah. 2. Dicadangkan agar saudari menjalankan proses ‘bleaching’ dengan menggunakan bahan-bahan yang halal dan suci. Sekiranya proses tersebut tidak dapat menghilangkan pewarna kekal sepenuhnya serta mendatangkan kemudaratan kepada saudari, maka pilihan terakhir adalah mencukur rambut yang telah diwarnakan agar rambut asal dapat tumbuh kembali. 3. Disyorkan agar saudari menggunakan bahan pewarna yang jelas status halal dan suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 196

message user image