BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Soalan saya ialah sebelah selipar saya berada di kawasan laman rumah dan saya mengesyaki anjing yang membawanya. Adakah saya perlu membasuh dengan 7 kali basuhan? Bagaimana dengan kaki/tangan yang telah menyentuh selipar tersebut? Adakah saya perlu membasuhnya juga dan bagaimana dengan kawasan yang telah dipegang/dipijak dengan kaki/tangan tersebut. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, Islam menyuruh sertu apabila ada najis mughallazah. Dalam keadaan tidak ada najis, maka tidak perlu sertu. Hanya disunatkan basuh sahaja kerana ada hadis yang menyebut demikian. Namun, jika ada najis mughallazah, maka hendaklah disertu dengan cara sekali basuhan air tanah dan dibilas dengan 6 kali basuhan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 152

message user image