Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Ustad, saya nak tanya satu perkara yang saya rasa agak mengaibkan saya dan suami. Saya dan suami telah membatalkan puasa Ramadhan saya dengan makan kurma dan kemudian membuat hubungan . Kejadian berlaku pada masa awal perkahwinan kami. Kejadian berlaku dah lama sekitar tahun 1992. Bagaimana cara untuk saya menebus dosa tersebut. Adakah saya dan suami perlu membayar denda atau fidyah? Kalau saya tidak silap 2 tahun lepas suami saya dah bayar denda@fidyah tersebut semasa membayar zakat fitrah.Boleh ustad bagi penjelasan dan penyelesaian masalah tersebut? Saya kini sering teringat2 tentang perkara tersebut. Harap ustad dapat membantu saya. Terima kasih.
Jawapan
Apabila seseorang muslim merosakkan puasa pada siang hari di bulan Ramadhan dengan melakukan jimak dalam keadaan uzur seperti i. Lupa bahawa dia berpuasa ii. Jahil pengharamannya iii. Sengaja berbuka dengan makan dan minum kemudian berjimak iv. Dalam keadaan musafir atau sakit yang ia berhak mendapat rukhsah untuk berbuka kemudian bersetubuh v. Menyangka bahawa waktu malam masih panjang kemudian bersetubuh dan setelah itu didapati bahawa waktu fajar telah terbit vi. Makan dengan sengaja kerana menyangka telah masuk waktu berbuka kemudian bersetubuh Maka semua keadaan ini diwajibkan untuk mengqada’kan sahaja sebagaimana keadaan orang yang sakit dan musafir iaitu tanpa kaffarah, tetapi berdosa. Dosanya itu tidak dapat ditebus. Jika seseorang mengambil ringan dengan membatalkan puasanya dahulu sebelum berjimak maka sesungguhnya dia dalam kkeadaan rugi keranapuasa yang ditinggalkannya tidak dapat diganti walaupun dengan puasa selama setahun penuh. Hal ini berdasarkan hadis rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu hurairah مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ وَلَا مَرَضٍ لَمْ يَقْضِهِ صِيَامُ الدَّهْرِ وَإِنْ صَامَهُ Maksudnya: Barangsiapa yang tidak puasa sehari dalam bulan Ramadhan tanpa adanya uzur dan tidak sakit, maka tidak dapat diganti dengan puasa selama setahun penuh, sekalipun dia berpuasa setahun penuh. (Riwayat Al-Bukhari) والله أعلم بالصواب