BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan penjelasan.Wajibkah kita membasuh pad darah haid?Ketika di pejabat,saya tidak membasuhnya dan hanya membalut tebal dengan surat khabar.Saya membalutnya dengan kemas dan membuang ke dalam tong sampah.Saya akan pastikan balutan kemas dan tebal sebelum membuangnya supaya tiada kotoran atau bau yang tidak sepatutnya timbul.Hal ini saya lakukan ketika di pejabat sahaja kerana sukar untuk menbasuhnya.Di rumah,saya mencucinya seperti biasa.Adakah berdosa cara saya?Kerana saya ada terbaca,darah yang dibiarkan tak basuh sampai habis akan dipersoalkan di akhirat kelak.betul ke?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, secara umumnya darah pada pad tidak wajib dibasuh kerana bukan untuk digunakan semula. Yang penting basuh darah haid yang terkena pada pakaian sehingga suci, kerana darah itu hukumnya najis. Lebih-lebih lagi basuhan tersebut menyebabkan penggunaan air yang banyak. Cuma perlu dipastikan kotoran tersebut diurus dan dibuang dengan baik dalam tong khas (nyahkuman) atau seumpamanya agar tidak mencemarkan sekitar. Mengurus darah haid dengan sebaiknya juga merupakan satu usaha untuk menjaga kebersihan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 126

message user image