BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Berkenaan dengan nikah kawin. Saya dan isteri ada bertengkar masa bertengkar saya sebagai suami ada lafazkan "sekiranya awk hina mak dan keluarga saya sekali lagi jatuh talak" Dlm pertengkaran yg sama selepas itu isteri saya dgn jelas masih hina mak dan keluarga saya. Persoalan sy adalah. Apakah jatuh talak sekiranya saya dan isteri bertindak dlm keadaan marah? Dan apa yg perlu saya dan isteri sy lakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz lafazkan "sekiranya awak hina mak dan keluarga saya sekali lagi jatuh talak" dikategorikan sebagai lafaz taklik yang jelas maksudnya. Oleh itu jika berlaku seperti perkara yang disebutkan maka jatuhlah talak tersebut. Walaubagaimanapun, sebaiknya perkara tersebut perlu dirujuk terus ke Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image