Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apabila ketika bergaduh tiba2 suami berkata "kalau nak bercerai saya boleh bagi. Sekarang pun boleh." Adakah jatuh talak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan dan penjelasan yang saudara berikan, lafaz “kalau nak bercerai saya boleh bagi. Sekarang pun boleh." berbentuk ayat pertanyaan , oleh itu tidak berlakunya cerai. Namun begitu, perkara tersebut sebaiknya terus dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan lafaz tersebut kerana bidang kuasa mahkamah yang menentukan samada lafaz tersebut jatuh talak atau sebaliknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.