BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Asalamualaikum.. Saya nak bertanya, apakah yang perlu di lakukan oleh ibu atau bapa sekiranya ingin mengahwinkan anak perempuan (anak yang telah di kandungkan selama 6 bulan, kemudian baru ibu dan bapanye berkahwin / bermaksud ank luar nikah)? Adakah bapa nya boleh menjadi wali kepada anak perempuan tersebut? Boleh tuan beri cadangan kepada saya untuk mnguruskan cara pernikahan tersebut ikut prosedur agama islam.. Terima kasih..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, anak tak sah taraf hanya dinasabkan kepada ibu kandungnya sahaja tidak dinasabkan kepada bapa sekalipun kepada bapa biologinya. Oleh itu anak tidak sah taraf hanya boleh berwalikan wali hakim sahaja untuk urusan pernikahan. Sehubungan itu, permohonan berkahwin tersebut perlu dirujuk ke Pejabat Agama Islam berhampiran atau terus ke mahkamah syariah untuk tindakan selanjutnya . والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 61

message user image