BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adik beradik ramai perempuan dari lelaki. Mak tinggal seorag di kampung. Saya nak tanya andai kata anak perempuan memilih untuk di pihak mertua dan anak lelaki 3 org dan anak lelaki yang selalu pulang hanya seorang. Yang lain hanya pentingkan keluarga sendiri dari mak yang seorang. Bagaimana kita nak bagi kesedaran kepada semua untuk pulang ke kampung tengok mak? Dan mertua pula lebih kan anak yang ade zuriat dari anak yang belum dikurniakan zuriat. (Umpama ada zuriat banyak kewangan dari yang belum ada zuriat sentiasa ada masa.) Tidak adil jika begini. Jika adik beradik semua perempuan adakah tiada seorang pun yang melawat mak kandung jika utamakan mertua dan balik kampung hanya perayaan atau kenduri? Mohon penjelasan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berbuat baik dan sentiasa melakukan kebajikan kepada ibu bapa kandung perlu diteruskan walupun telah berumahtangga. Ia lebih-lebih lagi bagi anak lelaki. Bagi anak perempuan pula ketaatannya telah beralih kepada suaminya tanpa menidakkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada ibu bapa kandungnya. Adalah tidak tepat sekiranya si anak melebihkan ibu bapa mertua tetapi mengabaikan ibu bapa kandungnya. Nasihat dan tegurlah secara berhemah agar tetap terus menziarahi, berbuat kebajikan kepada ibu bapa serta kekal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya; قال جاء رجل الى رسول الله ﷺ فقال : من أحق الناس بحسن صحابتي قال أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أبوك Maksudnya : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, “Siapakah dari keluargaku yang paling berhak untuk berbakti?”. Jawab Rasulullah SAW, “Ibumu”. Pemuda itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?”. Baginda menjawab, “Ibumu”. Ditanya lagi, “Kemudian siapa?”. Jawabnya, “Ibumu”. Pemuda tersebut bertanya lagi, “Kemudian siapa”. Nabi SAW menjawab, “Kemudian bapamu”. (Riwayat Muslim) Tanggungjawab untuk berbakti kepada ibu bapa juga tidak membezakan sama ada anak lelaki atau anak perempuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 174

message user image