BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Permulaan Rambut ibu saya tidak sama lurus seolah olah berbentuk huruf M....soalan saya adakah wajib rambut ibu saya basah sewaktu mengambil wudhu pada bahagian muka ......kerana sedikit daripada rambut ibu saya berada pada kawasan dahi


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, rambut yang terdapat di dahi juga sudah tentu basah ketika membasuh muka untuk berwuduk. Ini kerana bahagian muka yang wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 71

message user image