BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Baru baru ni ayah saya sudah menninggal....saya ada terbaca yang dosa anak akan dipertanggungjawabkan ke ayah jika beliau tidak menegur kesalahan.....saya sebagai abang telah menegur adik beradik yang lain atas semua aspek seperti menutup aurat.... adakah selepas saya menegur adik beradik ayah saya akan terlepas dari dipertanggungjawabkan....dan jika tidak.... apa yang saya perlu buat untuk memastikan ayah saya tidak dipertanggungjawabkan atas kesalahan anak ....kerana ayah saya sudah tidak boleh menegur


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, benar apabila ayah telah meninggal, maka terlepaslah segala amalannya dan tidak lagi dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang dilakukan oleh anak. Justeru, tanggungjawab menjaga keluarga digalas pula oleh walinya (abang). Firman Allah SWT; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (at-Tahrim : 6) Jika semasa hidup ayah telah memberi pendidikan yang wajar dan teguran, maka terlepaslah tanggungjawab ayah, lebih-lebih lagi apabila adik-beradik telah baligh dan berakal. Maka dosa ke atas kesalahan yang mereka lakukan akan dipertanggungjawabkan ke atas diri masing-masing. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)” (al-An’am : 164) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 157

message user image