BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt Saya ingin bertanya, selepas bersalin, ketika tempoh nifas (hari ke 42 selepas bersalin), sy ada mengambil suntikan hormon utk merancang kehamilan yg boleh diambil setiap 3 bulan. Selepas itu, Darah nifas saya berhenti dalam 2 hari kemudian keluar semula. Ia berlarutan hingga hari ini (hari ke 66 selepas bersalin). Saya dipahamkan suntikan hormon tersebut (inj depo provera) boleh menyebabkan haid tidak teratur atau berhenti terus. Dan saya juga ada mendengar bahawa tempoh max nifas hanya 60 hari mengikut mazhab syafie. Adakah darah yang berlarutan selepas tempoh 60 hari nifas tersebut adalah darah haid yang jadi tidak teratur mungkin kesan dari suntikan hormon ataupun darah istihadah? Saya sudah pening samaada perlu solat atau perlu tunggu 15 hari lagi selepas tempoh max nifas utk dianggap darah istihadah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, disebabkan pengambilan suntikan hormon untuk merancang kehamilan itu diambil ketika masih dalam tempoh nifas, disarankan agar puan menunggu sehingga 60 hari. Jika didapati darah masih lagi keluar selepas hari ke 60 ia dikira sebagai istihadah. Hendaklah mandi wajib dan solat seperti biasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 123

message user image