BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukumnya orang islam bekerja sebagai pembantu rumah di rumah orang bukan islam?trr


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, orang Islam yang bekerja di rumah orang bukan Islam hukumnya adalah harus dengan syarat seperti berikut : (1) Sentiasa menjaga adab dan batas pergaulan; dan (2) Pekerjaan tersebut tidak menghalang atau menjejaskan sebagai orang Islam seperti menunaikan kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya. Rujukan link fatwa : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/169-hukum-orang-islam-bekerja-di-rumah-orang-bukan-islam والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 168

message user image