BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Anak saya berumur hampir 1 tahun dan menyusu badan. Dalam tempoh ini, haid saya tidak menentu, kadang-kadang 2 3 bulan sekali. Sebelum mengandung, haid saya tetap setiap bulan dan dalam tempoh 7-9 hari. Baru-baru ini, saya datang haid 5 hari kemudian suci 11 hari.Hari ke-16, saya datang haid tetapi darah turun dalam kuantiti yang sedikit. Ciri-cirinya seperti darah haid dan berlanjutan selama 7 hari. Soalan saya ialah darah yang ke-16 ini adakah dikira sebagai haid @ istihadah dan status ibadah saya dalam tempoh tersebut. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana puan dapat mengenal ciri-ciri darah haid, maka darah yang keluar pada hari ke 16 selama 7 hari itu juga merupakan darah haid. Ketidakaturan tempoh haid dan sela masa suci puan terganggu disebabkan pelbagai faktor seperti penyusuan, hormon, kondisi tubuh badan dan seumpamanya. Justeru, puan sendiri lebih kenal dengan keadaan darah puan. Dinasihatkan untuk buat catatan/ rekod bagi rujukan puan pada masa-masa akan datang jika berlaku perkara yang sama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 70

message user image