Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adik saya telah membeli seluar secara online..setelah mendapat parcel tersebut, didapati ada free gift tali pinggang sekali (tali pinggang tersebut dibalut dengan plastik jernih).Apabila dilihat tali pinggang tersebut, didapati ada tompokan 3 titik padanya (ciri jelas kulit khinzir).Namun tali pinggang itu dipegang dalam keadaan ia masih berada dalam balutan plastik jernih berkenaan.Setelah menyedari hal itu, adik saya terkejut dan terjatuhkan tali pinggang yang masih dalam balutan plastik jernih itu di lantai. Soalan saya, adakah perlu disertu tangan dan lantai yang terkena plastik balutan tali pinggang dari kulit khinzir tersebut. Kerana walaupun ia masih dalam plastik, tetapi jika difikir secara logik, untuk meletakkan tali pinggang tersebut ke dalam plastik itu penjual perlu terlebih dahulu memegang tali pinggang tersebut lalu memegang plastik tersebut untuk memasukkan tali pinggang tersebut ke dalam plastik. Adakah plastik itu dikira sebagai alat yang terkena najis mughollazoh juga? Bagaimana pula dengan seluar yang dimasukkan bersama-sama bungkusan tali pinggang tersebut (seluar tiada bungkusan manakala tali pinggang pula ada bungkusan plastik jernih..kedua-duanya dibalut rapi sekaligus dalm satu parcel).
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Tidak perlu disertu tangan dan lantai yang terkena balutan plastik tersebut. 2. Plastik itu tidak dikira bernajis mughallazah, kerana keadaanya kering. 3. Seluar juga tidak terkesan dengan najis mughallazah kerana ia kering. Dalam keadaan tangan kering yang terkena najis mughallazah, ia tidak menajiskan antara satu sama lain. Oleh itu tidak perlu disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.