Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Sahibus Samahah yang saya hormati, saya ingin bertanya 2 soalan, yang pertama, adakah Tuan Mufti pernah ditanyakan oleh masyarakat berkaitan isu-isu i'tikaf? Dan soalan keduanya, adakah Jatana Mufti Negeri Selangor mengeluarkan fatwa berkaitan ibadah i'tikaf dan pengamalannya di Selangor. Sekian jazakallahu Khairan Jaza'.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, terdapat beberapa persoalan yang berkaitan dengan permasalahan iktikaf di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, jabatan ini tidak mengeluarkan fatwa khusus berhubung dengan persoalan iktikaf. Berdasarkan kepada rekod, terdapat fatwa tentang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang menyentuh tentang ruang-ruang masjid dan iktikaf di dalamnya. (Rujukan link fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/1995-1999/104-fatwa-tentang-masjid-sultan-salahuddin-abdul-aziz-shah-shah-alam) Begitu juga terdapat persoalan hukum syarak berkenaan mana-mana surau yang mendapat kebenaran mendirikan Solat Jumaat atau tidak daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), adalah tidak dikategorikan sebagai masjid dan tidak harus melakukan solat Tahiyatul Masjid dan beriktikaf di dalamnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.