BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum..Saya terbaca kenyataan pada laman web dibawah: http://www.yadim.com.my/v2/soal-jawab/perkahwinan-anak-luar-nikah/ "Jika anak luar nikah itu memang betul berasal dari lelaki yg kemudiannya bernikah dgn perempuan yg dizinainya dan kemudian anak itu lahir selepas 6 bulan atau lebih dari tarikh nikah, maka statusnya sama seperti anak yg lain selepas itu. Ia dianggap anaknya yg sah dan merupakan anak sulung kpd pasangan itu. Ia tidak termasuk anak luar nikah." Soalan saya adakah ini betul? Anak zina tersebut adalah anak sah taraf walaupun lahir selepas 6 bulan dari tarikh nikah pasangan berzina tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, berkenaan perkara ini pihak kami telah mengeluarkan garis panduan mengenai anak tak sah taraf menurut hukum syara’ iaitu : 1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara sainifik yang bertentangan dengan hukum syara’. 2. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat. 3. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu “Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara’. Rujukan fatwa ; https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/101-fatwa-tentang-garis-panduan-mengenai-anak-tak-sah-taraf-menurut-hukum-syara Justeru, no. 3 adalah menjawab kepada persoalan saudara. Iaitu anak zina walaupun lahir selepas 6 bulan daripada imkan ad Dukhul selepas tarikh nikah pasangan dan ada bukti dari segi syara’ melalui pengakuan pasangan atau saksi, maka anak tersebut tetap anak tidak sah taraf. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 70

message user image