BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum. 1) Saya selalu menyebut niat untuk menghadiahkan zikir yg akan saya baca kepada arwah Ibu saya. Tetapi, kadang2 zikir saya itu spontan Dan mulut terus berzikir. Setelah seketika baru saya ingat yg saya nak hadiahkan zikir itu kepada Ibu saya. Perlukah untuk saya berhenti seketika untuk menyebut niat menghadiahkan zikir itu kepada Ibu saya dan kemudiannya sambung berzikir? Atau niat dalam hati sudah memadai? 2) Jika dalam doa seharian saya ada ayat 'jika ada pahala dari amalan kebaikanku, maka aku hadiahkan semuanya untuk Mama ku, Kasmawati binti Mas'od', perlukah saya tetap menyebut niat melakukan sesuatu amalan itu untuk Ibu saya?Kadang2 bila tak sebut jadi tak puas hati sbb saya selalu ada masalah was2. Waima dalam solat, berwuduk, baca al-Qur'an Dan lain2. Tapi masih dalam proses mengatasinya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Berniat dalam hati juga juga sudah diambilkira, tidak perlu berhenti seketika. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى ِ Maksudnya: “Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan”. (Riwayat al-Bukhari) 2. Jawapannya juga sama seperti di atas. Tidak perlu berasa was-was. Jika masih tidak puas hati dan tidak tenang boleh sahaja niat setiap kali untuk melakukan amalan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 132

message user image