Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz,
Seperti penama di atas saya mempunyai soalan berkait talak.Baru-baru ini saya dan suami telah bergaduh dan di dalam pesanan ringkas whatsapp suami telah memberi amaran jika berlaku lagi kesalahan yang sama maka dia akan kabulkan hajat saya untuk tidak bersuami lagi.Soalan saya apakah talak telah jatuh dalam keadaan seperti ini? Jika tidak, apakah talak itu akan jatuh secara automatik sekiranya kesalahan yang sama berulang lagi selepas ini?
Mohon pencerahan.Sekian,terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan, perkataan suami memberi amaran jika berlaku lagi kesalahan yang sama maka dia akan kabulkan hajat
merupakan ayat memberitahu dan tidak terdapat lafaz berkaitan talak. Tidak berlaku talak secara automatik dalam hal sedemikian.
Walaubagaimanapun boleh rujuk perkara tersebut kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam atau Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.