BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum w.b.t

Disini ingin saya mengajukan persoalan mengenai seorang hamba Allah(kawan).Soalannya ialah beliau dengan pasangan telah bercinta dalam bahasa mudahnya belum ada apa2 ikatan sah sebagai suami isteri lebih kurang 7 tahun,dalam jangka masa itu beliau telah melakukan lebih daripada 1 kali penzinaan.Dan sekarang beliau telah menyesal akan perbuatan tersebut.Perlukah beliau sebagai seorang lelaki meninggalkan perempuan tersebut untuk memperbetulkan diri kearah y lebih baik,walaupun perempuan tersebut masih menyayangi beliau?Apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Pertamanya, zina ialah perbuatan yang keji dan dimurkai oleh Allah sebagaimana firman Allah S.W.T:

 وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا 

MaksudnyaDan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah An-nisa': 32)

Bagi lelaki dan wanita yang telah melakukan zina, adalah menjadi kewajipan kepada mereka untuk bertaubat kepada Allah S.W.T, keluar dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih dan diredhai Allah S.W.T. kerana perbuatan zina itu mengundang kepada kemurkaan Allah S.W.T.

Dalam menjawab pertanyaan tuan, pelaku zina tersebut hendaklah kedua-duanya bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Lelaki tersebut mestilah bertanggungjawab terhadap pasangannya dan jangan sewenang-wenangnya terus meninggal pasangan tersebut . Nasihati juga pasangannya agar turut bertaubat dan menyesali perbuatan dosa yang telah mereka dilakukan. Jangan jadikan alasan untuk meninggalkan perempuan tersebut selepas berzina bersama-sama atas alasan perempuan itu fasik dan tidak mahu bertaubat. Nikahilah dia atas rasa tanggungjawab melainkan jika benar-benar perempuan tersebut masih ingin kekal dengan kemaksiatan.

Pihak kami mendoakan semoga pihak tuan dipermudahkan Allah S.W.T dan perbanyakkanlah doa, solat hajat dan solat istikharah agar keputusan kawan tuan tersebut dipandu oleh redha Allah S.W.T

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 130

message user image