BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum tuan guru, mufti, masyaikh. Saya ingin bertanya berkenaan jual beli. Dari segi timbang/dacing yg digunakan. Saya seorg peniaga ikan, bermain dgn ikan semestinya basah jika dacing terdpt kebasahan mata dacing akan bergerak ke 1gram atau 0.5 gram. Persoalan saya, wajib kah saya alih kan ke arah 0 kembali? Dan apakah hukum kalau saya biar kan? Sblum ni saya mmg alih kn ke 0 kembali. Nak minta  penjelasan pada yg Ahli.


message user image

Jawapan  

وﻋليكم السلام ورحمة الله السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah menjadi kewajipan peniaga untuk sentiasa berlaku jujur dalam perniagaan yang dijalankan khususnya dalam hal timbangan. Allah SWT memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti perniagaan. Firman Allah SWT :

وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ

Maksudnya: “dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.” (surah al-Rahman ayat 9)

Oleh itu, tuan wajib mengalihkan kepada 0 gram atau mengelap timbangan dacing tersebut agar sukatan timbangan menjadi betul dan adil.

Perbuatan membiarkan sukatan timbangan yang tidak berfungsi dengan baik/adil adalah dilarang dan berdosa dalam Islam. Ini kerana perbuatan ini termasuk dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan, perbuatan ini juga mengurangkan kuantiti sesuatu barangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Muthaffifin :

وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ○ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ○ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَوْ وَزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ○ أَلَا يَظُنُّ أُولَٰئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ○لِيَوْمٍ عَظِيمٍ○ يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam” (surah al-Muthaffifin 1-6)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 318

message user image