BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum. Saya nak tanya, semasa mandi wajib saya menutup paip air kerana telah selesai mandi. Selepas itu saya was was sama ada paip tersebut terperxik air najis atau pun tidak. Dari solat asar sehingga lah subuh. Apabila saya cari maklumat, mandi wajib dan wuduk saya sudah sah. Jadi pertanyaan saya, adakah saya perlu mandi wajib sekali lagi dan menqada solat-solat dan membasuh pakaian yang saya telah pegang ketika saya waswas tadi. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apabila yakin sah mandi wajib tersebut maka tidak perlu mengulangi mandi wajib, mengqada’ solat-solat dan membasuh semula pakaian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 107

message user image