BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustaz.. 

Apakah hukum jika seseorang itu menerima komisen dari peguam kerana memperkenalkan peguam tersebut kepada orang yang memerlukan khidmat peguam. 


message user image

Jawapan  

وﻋليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan tuan, hukum menerima komisen kerana mempromosikan khidmat peguam adalah harus atas dasar ujrah atau ju'alah. Ia melibatkan bayaran upah ke atas khidmat yang diberikan. Maka hukumnya adalah harus dengan syarat cukup rukun (dan syarat), Nilai upah mestilah dimaklumi samada nilai wang atau barangan yang dipersetujui bersama dan perkhidmatan iaitu upah yang diberikan adalah ke atas perkhidmatan yang diberikan. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda :

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

 Maksudnya: “Berikanlah kepada pekerja (yang kamu upah tersebut) akan upah sebelum kering peluhnya (jangan bertangguh atau melewat-lewatkan).”  (Riwayat Ibnu Majah)

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 144

message user image