Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin tahu hukumnya kalau saya menyertai kursus online tanpa membayar yuran yg sepatutnya. Kursus tersebut ditawarkan dgn bayaran RMxx seorang. Seorang kawan saya membayar utk kursus tersebut dan menjemput kawan2 kami beramai2 ke rumahnya utk mendengar bersama2. Cuma dia seorang sahaja akan duduk di depan komputer jadi penceramah tidak nampak kami yang ramai2 ini turut mendengar. Adakah ini dibenarkan?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...
Merujuk persoalan tuan/puan,
Adalah tidak menjadi satu kesalahan jika sekiranya tiada larangan daripada pihak penganjur kursus tersebut asalkan tidak bertujuan komersial. Namun, adalah lebih baik jika tuan memohon kebenaran atau memaklumkan kepada pihak penganjur untuk turut serta dalam kursus tersebut dan ia lebih dituntut agar ilmu yang diperolehi diberkati dan lebih-lebih lagi jika ilmu tersebut melibatkan kepakaran tertentu atau harta intelek (IP) yang jarang-jarang dimiliki oleh orang ramai.
والله أعلم بالصواب