BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Kalau buat bisnes servis renew insurans kereta dan motosikal tapi guna syarikat konvensional

boleh ke?

 

 


message user image

Jawapan  

السلام وعليكم ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Didoakan semoga tuan/ puan senantiasa berada dalam perlindungan dan rahmat daripada Nya.. Amin..

Menjadi satu kefardhuan kepada umat Islam untuk mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian. Ini kerana mengambil perkara yang halal itu akan meningkatkan keimanan  dan memudahkan doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT , sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat kita dari diterima oleh Allah SWT.  Daripada Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; 

طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم

Maksudnya:  “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. 

(Riwayat) al-Thabarani 

Merujuk kepada persoalan hukum bermuamalah dengan insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) kali ke - 80 pada 1-3 Februari 2008 telah pun memutuskan adalah dihukumkan sebagai haram kita bermuamalah dengan semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta mempromosikannya juga adalah haram. 

Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 150

message user image