Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam
Saya ingin bertanyakan tentang proses ivf semasa bulan ramadhan..untuk makluman jangkaan saya akan membuat pemindahan embrio ke dalam rahim pada bln ramadhan ini..adakah sy boleh melakukan proses tersebut semasa ramadhan dan perlu menggantikan semula puasa sy
Terima kasih diatas maklumbalas pihak tuan
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Menurut mazhab Syafi’ie, antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu melalui kemaluan hadapan dan belakang (dubur, zakar dan faraj). Proses ivf ini jika dilakukan ia akan membatalkan puasa seseorang itu. Oleh yang demikian, puan perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak perubatan bagi menangguhkan prosedur tersebut ke bulan lain atau dilakukan pada sebelah malam. Jika tidak dapat dielakkan, harus puan melakukannya, tetapi puan wajib menggantikan puasa yang terbatal itu di hari lain selepas Ramadhan.
والله أعلم بالصواب