BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ust/Dato,

saya ingin betanya mengenai solat berjemaah suami isteri. sebagai makmum perlu ke saya membaca doa iftitah dan surah-surah yang lain (seperti saya solat bersendirian) tetapi membaca dalam hati? perlu ke dan adakah sah solat saya sebagai makmum? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan Puan, hukum membaca doa iftitah sebelum membaca surah al-fatihah adalah disunatkan kepada imam dan makmum jika mempunyai kesempatan waktu. Adapun jika makmum tidak berkesempatan seperti memulakan solat ketika imam sedang membaca surah, maka makmum wajib memenuhi rukun solat dengan terus membaca surah al-fatihah

Adapun bagi hukum membaca surah lain selepas al-fatihah, ia disunatkan kepada imam dan makmum di dalam solat sir (imam membaca perlahan) seperti zohor dan asar manakala bagi solat jahr (imam membaca nyaring), ia hanya disunatkan kepada imam dan makmum wajib mendengar dan menghayati bacaan imam.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 377

message user image