Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamu'alaikum. Saya nak tanya, saya teringat yang saya pernah guna span dan sabun pencuci pinngan di rumah bukan orang islam. Adakah saya perlu bertanya tuan rumah atau sesiapa tentang kenajisannya. Atau cukup saya anggap suci? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, jika semasa saudari menggunakan span tersebut dengan meyakini bahawa ia adalah bersih dan tidak digunakan untuk mencuci makanan yang haram, maka ia adalah suci, kerana kaedah fiqh menyebut : اليقين لا يزال بالشك Maksudnya : “Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.