BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz

Sya nak bertanya bagaimanakah cara kita nak tinggalkan solat (terbatal solat terkentut) pada masa tu kita berada di saf yg pertama.Pintu di kiri kanan tiada hanya ada pintu di belakang shj.Bagaimana caranya ustaz


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن والاه . أما بعد؛

Merujuk kepada soalan tuan, jika solat terbatal atas sebab tertentu, perkara yang perlu dilakukan adalah keluar dari saf untuk berwuduk dan solat semula. Sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadis riwayat Ali bin Talq RA ;

إذا فَسَا أحدُكم في الصَّلاةِ فلْيَنصرِفْ، ولْيتوضَّأْ ولْيُعِدِ الصَّلاةَ

Maksudnya : Apabila seseorang terkentut, maka beredarlah dan berwuduklah dan ulanglah semula solat tersebut.

(Riwayat Ahmad)

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila solat seseorang makmum telah batal, maka makmum tersebut tidak boleh terus mengikut pergerakan imam yang masih solat, sebaliknya perlu segera berhenti dan memperbaharui wuduk sebelum solat semula. Namun untuk keluar dari saf, perlu merujuk terlebih dahulu kepada pedoman Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Juhaim bin Harith RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

لو يعلمُ المارُّ بينَ يديِ المصلّي ماذا عليهِ لكانَ أن يقفَ أربعينَ خيرٌ له من أن يمرَّ بينَ يديهِ

Maksudnya : Jika orang yang melintasi orang solat itu tahu perihal besar dosa kesalahannya itu, nescaya menuggu selama empat puluh lebih baik untuknya daripada melintasi orang solat.

(Riwayat  al-Bukhari dan Muslim)

Makmum yang terbatal solat perlu segera keluar dari saf jika dapat mengelak daripada melintasi makmum yang sedang solat. Akan tetapi, jika keluar dari saf akan menyebabkan dia melintasi orang lain yang sedang solat, maka dia perlu menuggu sehingga solat selesai, agar dapat menjauhi larangan seperti di dalam hadis di atas.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 185

message user image